Sunday 19 January 2014

Hakikat Kebahagiaan

Bismillahirrahmanirrahim...

Alhamdulillah...sekali lagi penulis berkesempatan mencurahkan ideanya untuk manfaat bersama. Moga memberi manfaat kepada setiap hati yang singgah di blog ini supaya hati-hati yang ada subur dengan cintaNya. Keredhaan ALLAH itu yang mahu digenggam bersama-sama. Berbahagialah duhai hati.

Tengah asyik menaip kata, bermain madah pujangga, penulis sempat mendengar satu nasyid alunan dari UNIC yang bertajuk Hakikat Bahagia lirik oleh Ustaz Pahrol Mohd Juoi. Menarik untuk dikongsi dalam blog ini. Jom, kita sama-sama hayati setiap bait kata dalam lirik nasyid ini. Moga kita bisa mengambil ibrah dari mutiara kata di bawah:

Google image...

Bahagia itu dari dalam diri
Kesannya zahir rupanya maknawi
Terpendam bagai permata di dasar hati
Bahagia itu ada pada hati
Bertakhta di kerajaan diri
Terbenam bagai mutiara di lautan nurani
Bahagia itu ada di jiwa
Mahkota di singgahsana rasa
Bahagia itu adalah suatu ketenangan
Bila susah tiada gelisah
Bila miskin syukur pada TUHAN
Bila sakit tiada resah di jiwa
Bukankah TUHAN telah berfirman
Ketahuilah dengan mengingati ALLAH
Jiwa kan menjadi tenang
Kebahagiaan itu suatu kesyukuran
Bila kaya jadi insan pemurah
Bila berkuasa amanah
Bila berjaya tidak alpa
Bila sihat tidak lupakan TUHAN
Hakikatnya...
Bahagia itu adalah ketenangan
Bila hati mengingati TUHAN
Semua insan kan mengerti
Maksud terseni ILAHI

Itulah zikir yang hakiki

Saturday 18 January 2014

Menghargai Insan Lain

Bismillahirrahmanirrahim...

Alhamdulillah, masih berbaki waktu untuk penulis berkongsi cerita dengan sahabat-sahabat & generasi penulis akan datang. Bila memandang masa & hari yang berlalu, rupanya penulis sedar setiap hari punya pengajaran berhikmah dari Ilahi untuk hambaNya yang menyedari.
Ok, petang ini penulis yang bercerita tentang alam universitinya. Boleh kan? Sepanjang hampir 4 tahun belajar di universiti, penulis tidak pernah lekang menggunakan kenderaan ini. Setiap kali nak pergi kuliah, setiap kali nak ke kolej kediaman, ‘dia’ adalah kenderaan wajib penulis guna. Cuba teka?

Google image...

Google image...

Sepantasnya penulis menghargai jasa seorang pemandu. Orang lain bahagia dengan kenderaan persendirian seperti kereta & motor. Penulis juga harus berbahagia & berbangga dia punya pemandu. Banyak kenangan yang boleh penulis lakarkan sepanjang keberadaannya di universiti & punya pemandu sendiri itu kenangan yang tak ramai pelajar ada.

Setiap kali nak menaikinya, penulis sangat perlu bersabar kerana bukan dia seorang yang menggunakan perkhidmatan bas. Penantian satu penyeksaan, paling seksa bila semua orang dah naik bas balik, tinggal penulis sahaja yang termanggu menunggu bas mengambilnya pulang ke kolej kediaman.

Terpana penulis saat membelek isi ayat Al-Quran surah al-Baqarah ayat 153 yang bermaksud:

153. Wahai sekalian orang-orang Yang beriman! mintalah pertolongan (untuk menghadapi susah payah Dalam menyempurnakan sesuatu perintah Tuhan) Dengan bersabar dan Dengan (mengerjakan) sembahyang; kerana Sesungguhnya Allah menyertai (menolong) orang-orang Yang sabar.

Sabar itu indah. Kenangan penulis yang agak pahit untuk ditelan bila terkadang ditinggalkan bas, berlari anak untuk mendapatkan bas, & terkadang menunggu bas berjam-jam lamanya hanya kerana penulis tinggal di kolej kediaman yang agak jauh dari kampus. Manisnya kenangan ini tak mungkin dapat diulang kembali.

Penulis adalah antara pengguna tegar kenderaan ini. Soalan yang sering di tanya oleh ‘juniour’ ketika bertemu dengan penulis, “Akak dah tahun akhir kan? Akak tinggal jauh mesti guna kenderaan sendirikan?” Penulis pantas menjawab, “Sepanjang 4 tahun di sini bas adalah kenderaan wajib saya.”

Terima kasih penulis ucapkan kepada semua pemandu yang telah banyak berjasa kepada pelajar-pelajar walaupun terkadang kalian pernah membuat onar & menyebab pelajar-pelajar marah. Sesungguhnya banyak pahala yang pemandu-pemandu bas dapat sepanjang kalian menghantar & mengambil mahasiswa-mahasiswa yang sedang berjihad menuntut ilmu.

Di samping itu, penulis belajar banyak perkara sepanjang dia menjadi pengguna bas. Antaranya, penulis dapat ramai kawan baru terutamanya bagi sesiapa yang berada di sebelah penulis ketika dalam bas pasti ditegurnya & di sapa. Tempat kediaman penulis agak jauh, & memakan masa hampir 30 minit untuk sampai ke destinasi. Jadi masa yang ada penulis gunakan untuk memerhati di luar jendela bas. Tengok alam yang telah dimusnahkan oleh manusia hanya kerana sebuah pembangunan.

Firman ALLAH S.W.T dalam surah ar-Ruum ayat 41 yang bermaksud:

41. telah timbul berbagai kerosakan dan bala bencana di darat dan di laut Dengan sebab apa Yang telah dilakukan oleh tangan manusia; (timbulnya Yang demikian) kerana Allah hendak merasakan mereka sebahagian dari balasan perbuatan-perbuatan buruk Yang mereka telah lakukan, supaya mereka kembali (insaf dan bertaubat).

Tengok gelagat manusia dalam kenderaan masing-masing, tengok kenderaan yang bertali arus di atas jalan raya, tengok pokok-pokok yang melambai-lambai & kadang2 terfikir sejenak tentang keluarga di kampung, tergambar wajah ibu ayah & adik2. Masa tu, rindu pada keluarga mulai datang, menguji jiwa penulis.

Satu lagi perkara yang penulis dapat sepanjang menggunakan bas adalah, kerjaya seperti pemandu bas & seumpamanya adalah pekerjaan mulia & halal di sisNya. Cuma tinggal manusia yang suka memandang mereka dengan pandangan hina hanya kerana kerja. Di buat suka hati, di caci maki, di marah sembrono. Usahlah kita cepat memandang kerja sebegini hina, padahal merekalah insan yang banyak menabur jasa. Setiap pagi sanggup menghantar pelajar ke tempat pengajian & mengambil pulang. Jika tiada pemandu bas ini, takkan pelajar samapi ke destinasi yang ingin di tuju tepat pada masanya. Takkan pelajar mampu belajar dalam kuliah dengan selesa tanpa pemandu bas menghantar mereka ke kampus.

Jadi, hargailah sekecil-kecil perkara yang ada di samping kita. Lebarkan sebanyak mungkin kebaikan waktu hayat masih ada, kerana mana tahu di sebalik semua kebaikan itu terselit kasih sayangNya. Sempitkan sebanyak mungkin peluang untuk melakukan kejahatan kerana mana tahu di sebalik semua kejahatan yang dilakukan bakal terselit kemurkaan ALLAH Yang Maha Esa.  


                

Sinopsis Cinta Suci Zahrana

Bismillahirrahmanirrahim

Alhamdulillah, syukur padaNya hari ini penulis masih bisa menghirup oksigen dariNya...hari ini penulis masih bisa menatap ‘notebook’ kesayangannya....hari ini penulis masih diberi kekuatan untuk menulis & mencurah idea hanya semata kerana mahu melihat semua manusia merasa Islam itu indah untuk dilaksana. Islam is the way of life!



Drama yang diadaptasi daripada novel bertajuk ‘Cinta Suci Zahrana- Karangan: Habiburrahman El-Shirazy’ ini sangat menarik untuk ditonton oleh insan yang memegang gelaran muslimah terutamanya. Penulis seronok menonton drama ini kerana pengolahan yang menarik tetapi penulis syorkan kita boleh membaca novelnya yang penuh imaginasi tersendiri oleh Habiburrahman El-Shirazy.

Cerita yang menarik untuk ditonton. Terdapat banyak pengajaran yang boleh diambil sepanjang penulis menonton drama Indonesia ini. Kisah seorang perempuan yang telah menjangkau umur 30-an tetapi masih belum punya calon bakal suami. Zahrana memainkan watak cemerlang dengan wanita berkerjaya yang sangat genius dipuji kerana kepintarannya dalam bidang pendidikan. Walau Zahrana seorang yang berpangkat di salah sebuah universiti di Indonesia, dia masih tidak melupakan ibu & ayahnya di kampung.

Teringat penulis pada kata-kata sahabat baik Zahrana saat dia diuji dengan Ketua Dekannya yang sangat menyukainya, “Memaafkan bukan bermakna kalah. Orang yang pemaaf akan mudah mendapat syurga. Hanya orang pilihan yang berjiwa besar yang bisa melalui ujian ini.” Ujian jodoh betul-betul menguji iman Zahrana. Istikharah yang menjadi teman setianya.

Zahrana diuji lagi setelah dia kehilangan bakal suami yang meninggal dunia kerana kemalangan ketika mahu di akad nikah, serentak dia kehilangan ayah tercinta yang sakit saat menerima berita itu. Kehilangan du insan yang disayang sangat memberatkan Zahrana, hingga sahabatnya datang memberi kata semangat, “Taqwa memungkinkan segalanya, terima ujian dengan redha seperti hadith Rasulullah s.a.w yang bermaksud: ‘Semua perkara bagi orang mukmin itu baik. Jika mendapat nikmat dia bersyukur, jika mendapat musibah dia sabar.” Dia ditahan di wad akibat pengsan & tekanan yang melampau.

Akhirnya setelah melalui ujian yang berliku, Zahrana di kahwini pelajarnya yang bernama Hassan. Pinangan Hassan diterima melalui ibu Hassan yang menjadi doktor kepada Zahrana saat dia sakit sebelum ini. Ibu kandung Zahrana memainkan peranan saat anaknya bakal bergelar isteri. Ibunya berpesan, “Sebutlah nama ALLAH dalam keadaan senang mahupun susah.” Kata-kata ini sentiasa bermain di benak fikiran penulis & katanya benar.

Kemudian, antara pengajaran dalam drama ini juga Zahrana & Hassan menunjukkan satu contoh manisnya bercinta selepas akad nikah. Walau mulanya mereka saling mengenali & Hassan mula menaruh perasaan cinta pada Zahrana yang menjadi ‘supervisor’ ‘thesis’nya, Hassan hanya mendiamkan diri. Pengajaran terakhir yang boleh penulis simpulkan hasil menonton drama ini, Zahrana akhirnya mendapat jodoh yang baik hasil kebergantungan kepada ALLAH & selepas diuji dengan pelbagai mehnah yang menyesak jiwa.

Jom kita hayati bait lagu bertajuk ‘Cinta Suci Zahrana’- Melly Goeslaw & Anto Hoed:

Zahrana lukisan cinta suci
Nelangsanya hatimu sepi
Senyummu tetap dalam ikhlas
Biar lama menanti
Tetap hati berpegang
Cintamu suci.
Zahrana risalah cinta suci
Cintamu hanya karna ALLAH
Walau dingin hati menunggu
Menggunungnya hinaan
Sebutan perawan tua
Cintamu tetap suci
Sebut namaNya, dekat denganNya
Pinta padaNya
Segala perkara hidup & cintamu
Indah pada waktunya
Takbirkan cinta
Atas restuNya atas pilihanNya
Serahkan seluruh urusan
Cinta & hidup hanya pada ALLAH
Zahrana





Momen Terakhir Bersama Rakan Sekuliah

Bismillahirrahmanirrahim....

Alhamdulillah...penulis masih berkesempatan melakar idea-ideanya yang mencurah, untuk tatapan diri & semua sahabat. Salam ukhuwwah untuk semua. Terima kasih kerana masih setia menyinggah blog ini. Walau isinya tak menarik & panjang berjela. Perjalanan hidup sebagai hambaNya masih panjang bagi penulis, cuma kehidupan di universiti mungkin berakhir di sini kerana mula semester hadapan penulis bakal melangkah ke alam praktikal. Tiada lagi masa untuk belajar di dalam kuliah seperti kebiasaan. Tiada lagi masa untuk penulis menghayati kehidupan di kolej kediaman.

Cepat benar masa berlalu. Masa untuk penulis dan kawan-kawan sekelas mengadakan ‘renioun’ sebelum masing-masing membawa haluan tersendiri nanti. Majlis yang sederhana tapi penuh dengan makna. Yalah, cuba bayangkan penulis dan kawan-kawan bersama sejak dari semester satu sampailah semester tujuh & semester lapan kami semua harus berpisah melaksanakan praktikal di tempat masing-masing.

Benarlah hadith Nabi Muhammad s.a.w daripada Abu Hamzah Anas bin Malik r.a, pembantu Rasulullah s.a.w, baginda bersabda yang bermaksud:

“Tidak beriman secara sempurna seseorang kamu hingga dia mencintai saudaranya sebagaimana dia mencintai dirinya sendiri.” HADITH RIWAYAT BUKHARI & MUSLIM

Mula majlis kami dengan jamuan makan kemudian pembahagian hadiah & diikuti sketsa yang menyedihkan bila mana masing-masing meluahkan rasa, menitis air mata saat bersalaman sesama penulis & kawan-kawan. Walaupun hanya sekejap tapi sangat membekas di hati. Kawan sekelas yang tak mungkin penulis lupa. Masing-masing bawa karekter tersendiri, bila di gabung bersama menjadi satu kebersamaan yang digelar sinergi.

Ada sahabat penulis yang bakal melangsungkan perkahwinannya selepas ini, ada juga yang sibuk berkata mahu menyambung pelajaran di peringkat yang lebih tinggi, ada yang menyimpan cita-cita menjadi orang hebat suatu masa nanti. Masing-masing sibuk bercerita, yalah hampir dua minggu penulis & kawan-kawan tidak berjumpa kerana sibuk dengan peperiksaan akhir.

Di bawah antara gambar2 yang sempat dirakam oleh penulis:




Ni gambar semua kawan-kawan penulis. Bukan yang diambil penulis yer.






Banyak yang penulis belajar di sini. Setiap pertemuan pasti ada perpisahan namun perpisahan tak terjadi dengan Qada’ & QadarNya. Terkandung sejuta hikmah dariNya untuk hambaNya yang berfikir. Persahabatan yang ikhlas mampu melahirkan sahabat-sahabat yang sentiasa membantu sama ada ketika susah atau senang. Bukan ketika senang sahaja sahabat mencari kita. Bukan ketika susah kita ditinggalkan begitu sahaja. Itu konsep sebenar persahabatan berlandaskan kasihNya.  Sedih menyinggah bila memikirkan selama hampir 4 tahun berkenalan, masa praktikal masing2 mengikut arah.


Antara gelagat yang sempat dirakam...I will miss you all.

Friday 17 January 2014

Kenangan Terakhir di KKNC

Bismillahirrahmanirrahim….

Alhamdulillah, penulis masih punya kesempatan mencoret sesuatu pada blognya yang terkandung sejuta rasa. Nak kata blog ini tempat nak meluah perasaan tak jugak, nak kata blog ni tempat berkongsi perasaan tak jugak. Blog ini penulis gunakan untuk mengasah bakat penulisan supaya tak tumpul nanti. Blog ini jugak atas tujuan nak ajak semua manusia menebarkan kebaikan & keindahan Islam pada semua. Nak ajak diri penulis & semua umat Islam jadi hambaNya yang sentiasa bersyukur. Nak bagitau & umumkan pada dunia kehidupan umat Islam tak seteruk yang dikata, tak seteruk yang dicerita. ALLAH dah atur yang secantiknya untuk hamba-hambaNya yang bergelar muslim.

Minggu terakhir penulis di kolej kediaman yang hampir 4 semester dia penghuni di sini. Sedikit rasa sebak di dada saat teringat kenangan indah di sini. Banyak perkara yang penulis belajar di KKNC. Sejujurnya penulis sedih bakal meninggalkan KKNC bukan kerana cantiknya tapi kerana kenangan yang di bina di sini. Semester pertama menunjukkan ketidak puasan hati penulis tinggal di kolej kediaman yang sangat jauh dari kampus. Tetapi setelah kembali ke sini semester 5, 6 & 7 sungguh mengubah persepsi penulis. Jauh itu indah & manis!

Ramai sahabat di sini memungkinkan segalanya indah pada mata penulis. Aktiviti yang selalu penulis & adik-adik tamhidi lakukan pada petang hujung minggu adalah ber’jogging’ mengelilingi tasik yang sangat indah. Selain untuk kesihatan tubuh badan, penulis boleh mengeratkan hubungan persahabatan dengan ‘junior-junior’nya di KKNC.





Satu hari penulis di ajak ‘hiking’ kat kawasan berdekatan dengan tempat penulis selalu ber’jogging’ dengan ‘adik-adik’. Sempat penulis merakam saat indah berada di atas bukit tersebut. Erm...tak perlu panjat bukit jauh-jauh. Menjelang maghrib penulis & sahabat2 pulang mahu mempersiapkan diri ke surau muslimat pula. Terima kasih kepada semua adik-adik KKNC yang sudi teman penulis ‘hiking that hill’. Gambar-gambar di bawah ini menggambarkan segalanya.





Ni je gambar yang sempat di rakam...Cantikkan?


Ni pulak singgah sebentar kat rumah yang baru dibina dekat dengan tempat 'jogging'.

Bahagia bila berada di kolej kediaman walaupun tak munkin seorang pelajar sarjana tahun empat mampu tinggal seorang diri di kolej kediaman yang paling jauh itu. Ada ALLAH yang membantu, ada sahabat yang menguat, ada doa yang mengiring, ada keyakinan yang membuak, itu yang mendorong penulis masih di situ. Ini memerlukan pengorbanan yang sangat tinggi, kesabaran yang berlipat kali ganda, & keikhlasan yang tak mampu diukur oleh manusia biasa.

Itu sahaja ceritanya untuk hari ini. Terima kasih kerana membenarkan mata kalian memerhati & meneliti setiap bait kata di blog ini. Maaf andai khilaf mengganggu diri sahabat semua. Maaf andai coretan ini membuat kalian tak selesa kerna penulis cuma insan biasa yang mahu jadi luar biasa pada pandanganNya. Berjumpa kita di lain masa.

Inspirasi Cinta Ilahi

Bismillahirrahmanirrahim….

Alhamdulillah…penulis masih diberi nyawa olehnya untuk hidup di dunia ini & meneruskan perjuangan sebagai hamba ALLAH dan khalifahnya. Kalian bagaimana? Juga masih diberi nyawa olehnya? Alhamdulillah, usah kita lupa untuk bersyukur padaNya duhai sahabat semua. Sudah lama rasanya penulis tidak menulis sesuatu pada blog ini.

Hari ini penulis nak berkongsi satu lagi pengalaman yang mungkin sahabat semua pernah alami atau mungkin tidak. Sekadar perkongsian & untuk menjadi tatapan untuk generasi penulis akan datang. Tak salah kan?

Alhamdulillah, ucapan syukur tidak terhingga terutamanya kepada ALLAH kerana telah mengurniakan pertolongan kepada penulis. Berkat doa semua sahabat & pertolongan dari ALLAH serta bantuan ‘supervisor’ penulis, Dr. Kirembwe Rashid Abdul Hamid & sahabat sekolah penulis, Wan Nur Nabila Husna bt Wan Aziz, penulis berjaya menghantar dan menyiapkan ‘thesis’nya. Syukur yang tidak terhingga padaNya.




Sejuta hikmah penulis dapat sepanjang menyiapkan ‘thesis’ yang berakhir pada tarikh 17.01.2014 semalam. Pada permulaan semester dulu, ramai kawan sekelas yang telah bertungkus-lumus menyiapkan ‘thesis’ sedang penulis tengah hilang semangat. Tajuk dah ada & dah diterima tapi tak tahu nak mula dari mana. Rasa macam berat sangat, hingga peperiksaan akhir pun penulis masih memikirkan tentang ‘thesis’nya yang pada pertengahan jalan menghadapi masalah bila data maklumat kajian hilang dalam ‘notebook’ kesayangannya. Sabar itu indah, rupanya ALLAH nak tunjuk sesuatu yang berharga buat penulis.

Hampir sahaja penulis buat keputusan untuk mengambil surat Tidak Lengkap (TL) untuk ‘thesis’nya, tapi selepas berjumpa dengan ‘supervisor’ semangat kembali menggunung tinggi. Penulis cuba mencari kekuatan menyiapkan ‘thesis’ walau pada saat itu tiada seorang pun sahabat yang datang membantu. Ada yang tahu penulis tidak menyiapkan lagi ‘thesis’nya tapi hanya sekadar tahu tanpa menyusun kata-kata semangat kepada penulis. Ada cuma tak ramai, antaranya, Nurul Mardiah Fadzil yang bakal bergelar isteri pada tarikh 24.01.2014 nanti.

Untung sahaja, ada Dr. Kirembwe Rashid Abdul Hamid yang memberi semangat & banyak membantu penulis menyiapkan ‘thesis’ pada saat akhir juga ada Wan Nur Nabila Husna Wan Aziz yang membantu penulis memeriksa margin, berjumpa pensyarah, ‘print’ ‘thesis’ & yang berkaitan dengannya untuk dihantar kepada ketua program. Penghargaan tidak terhingga buat kalian, hanya ALLAH yang mampu membalas segala pertolongan & bantuan kalian pada penulis. Jom sedekahkan surah al-Fatihah untuk orang yang telah membantu penulis saat dia keseorangan & kesusahan! Moga ALLAH pula memudahkan urusan dunia dan akhirat mereka.





Alhamdulillah, akhirnya ‘thesis’ penulis dapat disiapkan dengan baik. Betullah kata orang usaha tangga kejayaan. Inspirasi cinta Ilahi, akhirnya terjawab, setelah beberapa bulan kehilangan semangat & dirasakan hidup ini sangat sempit untuk penulis, dia ketemu pelangi di akhir perjalanannya sebagai mahasiswi universiti. Rupanya ALLAH sangat menyayangi penulis, ada berkat disebalik surah al-Fatihah, solat sunat dhuha, solat sunat hajat, puasa sunat, bacaan ayat suci al-Quran, menebar kasih sayang & kebaikan, selawat ke atas Nabi Muhammad s.a.w (menjaga hubungan dengan ALLAH & dengan manusia) Hikmah yang amat bermakna buat penulis.

Teringat penulis pada firman ALLAH S.W.T dalam surah Al-Baqarah ayat 186 yang bermaksud:

186. dan apabila hamba-hambaKu bertanya kepadamu mengenai Aku maka (beritahu kepada mereka): Sesungguhnya Aku (Allah) sentiasa hampir (kepada mereka); Aku perkenankan permohonan orang Yang berdoa apabila ia berdoa kepadaKu. maka hendaklah mereka menyahut seruanku (dengan mematuhi perintahKu), dan hendaklah mereka beriman kepadaKu supaya mereka menjadi baik serta betul.

Setelah berusaha & berikhtiar serahkan usahamu pada ALLAH Yang Maha Kuasa. Bersangka baik pada ALLAH setiap kali ada mehnah atau ujian di setiap langkahmu. ALLAH Maha Tahu yang terbaik untuk hambaNya. Akhirnya, ‘ALHAMDULILLAH THESIS PENULIS TELAH SIAP’ projek terakhir di universiti sebelum melangkah ke alam praktikal di tempat kerja beberapa minggu lagi. Sujud syukur penulis atas segala anugerah & pemberianNya.


Kalian nak tahu apa yang penulis rasa selepas berjaya menyiapkan ‘thesis’? Bersyukur, rasa kepala sangat ringan. Perkara pertama penulis buat, teringat kat ALLAH yang meletak sejuta hikmah disebalik kesukaran penulis menyiapkan ‘thesis’ sebelum ini. Ke dua penulis terharu sangat atas pertolongan ‘supervisor’ dan sahabat baik penulis, Wan Nur Nabila Husna Wan Aziz. Kalian banyak membantu. Terima kasih.

Monday 13 January 2014

Salam Maulidur Rasul 1435H

Bismillahirrahmanirrahim...


Al-hamdulillah, masih diberi nafas olehNya untuk meneruskan kehidupan ini walau pahitnya perlu ditelan bersama. Alhamdulillah sampai sudah kita pada bulan Rabiul Awal. Bulan kelahiran Rasulullah s.a.w. Insan agung yang banyak berjasa pada umatnya.

Memetik kata-kata dalam sebuah buku yang baru sahaja penulis dapat hadiah dari adik usrahnya bertajuk “Indahnya Cinta Rasulullah s.a.w – Karangan: Harun Arrasyid Haji Tuskan” terbitan Grup Buku Karangkraf Sdn. Bhd yang berbunyi, “Ya Rasulullah s.a.w, cintamu pada kami tak pernah padam. Hidayahmu jua merentasi alam. Walau tidak sedikit yang mendustakan namun engkau tegar menyampai peringatan. Ya Habibullah... hadirmu membawa cahaya demi menerangi jiwa yang kelam.”



Betapa cintanya Rasulullah s.a.w terhadap umatnya. Sedang kita bagaimana? Tepuk dada tanya iman kita. Sudah berapa kali kita berselawat pada Nabi Muhammad s.a.w pada setiap hari-hari yang kita lalui? Sudah berapa kali kita mengingati baginda s.a.w dengan mengikuti sunnah Baginda s.a.w? Sudah berapa kali kita kata kita rindu untuk bertemu rasulullah s.a.w tapi kita masih terlupa untuk menunaikan tanggungjawab sebagai muslim & Islam?

Andai setiap hari kita sentiasa mengingati Rasulullah s.a.w sudah tentu hari-hari kita terhias indah dengan sebaran kebaikan. Setiap tingkah & akhlak kita semuanya mengingat kita kepada kebaikan kerana Rsulullah s.a.w adalah sebaik-baik manusia yang membawa kerahmatan kepada semua makhlukNya seperti firman ALLAH S.W.T dalam surah al-Anbia’ ayat 107 yang bermaksud:

107. dan tiadalah Kami mengutuskan Engkau (Wahai Muhammad), melainkan untuk menjadi rahmat bagi sekalian alam.

Rasulullah s.a.w telah memberi contoh terbaik untuk diikuti oleh umat baginda s.a.w. Kenapa tidak kita menjadi orang yang menyahut seruan ALLAH S.W.T dalam surah al-Ahzab ayat 21 yang bermaksud:

21. Demi sesungguhnya, adalah bagi kamu pada diri Rasulullah itu contoh ikutan Yang baik, Iaitu bagi orang Yang sentiasa mengharapkan (keredaan) Allah dan (balasan baik) hari akhirat, serta ia pula menyebut dan mengingati Allah banyak-banyak (dalam masa susah dan senang)


Jadilah kita muslim @ muslimah yang sentiasa mengharapkan keredhaan ALLAH, mengharap balasan yang baik pada hari akhirat kelak dengan menebarkan sebanyak mungkin kebaikan dan menyebut serta mengingati ALLAH sebanyak-banyaknya sama ada dalam keadaan susah atau senang. Usah hanya ketika susah kita mengingatiNya, bila dah senang kita terus terlupa. Mukmin yang berjaya adalah mukmin yang mengingati Penciptanya dari ketika susah hinggalah ketika senang. Pasti ketenangan menyinari hidupnya. Salam maulidurrasul untuk semua umat Islam.

Kenangan Terindah Bersama Ahli Usrah

Bismillahirrahmanirrahim…Salam maulidur rasul.

Alhamdulillah usai sudah peperiksaan akhir penulis setelah hampir dua minggu bertungkus-lumus menghadapi musim peperiksaannya. Alhamdulillah segala puji bagi ALLAH yang Maha Berkuasa menghidupkan & memberi kekuatan kepada penulis untuk bermain kata di blog ini lagi. Tentu kalian menanti apa kisah menarik yang penulis ingin masukkan dalam diari blognya. Sudah tentu peristiwa yang memberi pengajaran kepada diri penulis & sahabat-sahabat semua.


Sehari sebelum subjek terakhir peperiksaan, penulis berkesempatan mengadakan usrah @ liqa’ dengan adik-adik yang disayangi penulis kerana ALLAH. Sedang yang lain masih seronok belajar & menelaah pelajaran, penulis mengambil kesempatan menemui & ‘menghandle’ liqa’. Apa liqa’ tu? Tak tahu? Orait, that good for you who do not know about usrah @ liqa’.

Usrah @ liqa’ adalah satu kumpulan yang dibentuk dengan kepelbagaian aktiviti & tajuk-tajuk perbincangan yang tertentu. Seronok berusrah tau. Yalah, dalam tempoh seminggu kita belajar subjek akademik kemudian ada satu hari kita peruntukkan untuk pengisian hati & mendorong minda & hati memikir tentang ummah. Minggu ini mungkin minggu terakhir penulis menghabiskan masanya dengan adik-adik usrah. Jadi pengisian terakhir banyak dicurah idea kepada kreatifnya seorang ‘naqibah’. Naqibah ialah individu yang mengetuai usrah tersebut. Dia ibarat nakhoda atau ibu ayah kepada semua sahabat-sahabat yang bersama-sama dalam usrahnya.

Sekalung penghargaan buat adik-adik usrah penulis (Amni, Ruqayyah, Biela, Fatin, Adilah, Dayah, Atilia, Shahierah, & Seri) juga kepada sahabat tersayang Ummi yang banyak memberi semangat kepada penulis untuk terus komit dengat usrah yang dilaksanakan. Tanpa kalian susah sekali bagi penulis untuk meneruskan usrah kita. Percayalah...ukhuwwah yang dibina kerana ALLAH pasti akan ada manis pada penghujungnya.

Usrah kami kerana ALLAH...moga kekal hingga ke syurga.

Terima kasih untuk semua hadiah yang kalian bagi masa usrah terakhir kita. Terima kasih untuk usrah yang sangat manis ini. Terima kasih untuk segala kenangan pahit manis melayan karenah-karenah sahabat semua. Terima kasih atas ukhuwwah yang kita bina kerana cinta ALLAH ini. Moga kalian bisa menyampaikan kebaikan walau sedikit pada semua orang kerana ingatlah semua manusia berhak merai nikmat & keindahan Islam itu. Jadilah kita manusia yangsentiasa menyebarkan kebaikan pada semua manusia & makhlukNya yang lain.

Kat bawah ni antara gambar2 yang penulis dapat dari adik usrahnya:


Kek kenangan kami. Terima kasih kat semua adik2 usrah.

 Ni pulak gambar hadiah-hadiah pemberian adik2 usrah memandangkan penulis bakal meneruskan hidupnya sebagai pelajar praktikal di luar sana.





Kek, coklat, buku, tudung semuanya pemberian hadiah yang sangat berharga buat penulis.
Terima kasih buat kalian...
Walau penulis hanya berniat mengajak semua orang merasai manisnya berusrah.
Hanya ALLAH yang bisa membalas segala pengorbanan masa, tenaga & wang yang kalian
curahkan sepanjang kita bersama dalam liqa' chinta kita.